Ingin jual hartanah dengan cepat dan teratur?
Hubungi Ejen Semak Nilai5 Perkara berkenaan saya.
Ini paling utama. Sesuai dengan muamalah yang diajar oleh Islam. Jujur dan beramanah.
#2 Problem Solving proses yang seronok. Tidak perlu sentiasa complaint sebab tugas kita adalah cari jalan, bukan mencari salah.
Walaupun bunyi macam slogan ‘Apple’ tapi itu juga kepercayaan saya. Sentiasa ada banyak cara untuk selesaikan sesuatu atau membuat sesuatu. Replicate & Improve. Innovate or die.
Sentiasa perbaiki dengan cara belajar. Pemikiran mesti sentiasa ada progress. Banyak lagi perkara yang kita tidak tahu ada diluar. Dunia sentiasa berubah untuk kita adaptasi. Khasnya perihal marketing.
Topik ini sentiasa menarik perhatian saya. 17 tahun terlibat dalam perniagaan, saya suka mengkaji perihal ‘marketing’ syarikat-syarikat seluruh dunia.
6 LANGKAH BEKERJA BERSAMA SAYA
Soalan Lazim
Berapa dan bila Komisyen ejen perlu dibayar
Mengikut Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), untuk jualan dan/atau belian tanah/bangunan di dalam Malaysia, yuran komisen telah ditetapkan pada maksimum 3% daripada harga jualan hartanah. Yuran minima ditetapkan kepada RM1,000 untuk setiap hartanah. Hubungi ejen untuk sebarang pertanyaan.
Komisyen dibayar hanya setelah Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.
Berapa lama tempoh jual beli untuk selesai
Bergantung kepada status tanah samada Freehold atau Leasehold, samada Master Title atau Individual title, faktor institusi pinjaman dan beberapa faktor lain. Ejen akan jelaskan proses jual beli yang akan dilalui dan anggaran tempoh yang diambil berdasarkan faktor ini.