6 Tugas ejen hartanah untuk bantu anda dalam urusan jualan

6 Tugas ejen hartanah untuk bantu anda dalam urusan jualan

🔲 1. Database

Akses segera ke database prospek Pembeli yang telah berurusan dengan ejen yang mencari hartanah di kawasan anda. Sebahagiannya, trust dah dibina antara Ejen dan bakal pembeli. Just blast!

🔲 2. Network Profesional

Ejen bina contact di kalangan Banker, Peguam, Penilai hartanah, kontraktor, rakan2 perunding hartanah. Semuanya boleh optimize masa, wang dan usaha anda menjual hartanah dengan lancar.

🔲 3. Marketing

Anda mungkin ada rumah yang terbaik pada harga yang bagus tetapi tanpa marketing yang efektif, tiada siapa pun tau. Ejen dilatih untuk marketing saluran yang efektif. Kajian pasaran pun penting untuk kaji supply and demand di lokasi yang spesifik.

🔲 4. Pengalaman

Ejen boleh jelaskan proses dari A – Z proses jualan dan biasa berdepan dengan senario transaksi berbeza yang perlukan solution berbeza. Ini boleh membantu.

🔲 5. Negotiation

Perlukan skill untuk jayakan expectation pembeli dan penjual khasnya berkenaan harga yang fair untuk kedua-dua pihak. Proses tawar menawar, body language, objection handling semua diperlukan untuk jayakan ni.

🔲 6. Lain-lain

Ejen bantu dari proses Viewing (kadang2 memakan masa dan tenaga), menjawab soalan2 bakal pembeli (proses, kwsp, loan, peguam macam2 lagi), Filter pembeli layak SEBELUM booking dan macam-macam lagi cara untuk bantu anda.

BURHANUDDIN RESCOM
Ejen Hartanah PEA1023