6 LANGKAH BEKERJA DENGAN PERUNDING HARTANAH
Ejen diberikan maklumat hartanah iaitu alamat, keluasan hartanah, jenis hartanah, butiran ubahsuai dan harga yang dikehendaki. Ejen akan membuat kajian pesaing
Periksa lokasi dan keadaan rumah. Ejen mengambil foto yang sesuai untuk tujuan pemasaran, mencatat butiran ‘features’ yang ada. Dokumen disemak memastikan lengkap untuk jualan. Proses Jualan dijelaskan kepada penjual dan akhirnya perlantikan rasmi dibuat.
Ejen memulakan pemasaran hartanah melalui pelbagai saluran dan jaringan ejen hartanah serta database ejen. Menapis dan memastikan bakal pembeli serius dan mempunyai kelayakan pinjaman. Melawat hartanah dan menjawab segala soalan dari bakal pembeli berkaitan hartanah, prosedur, pinjaman dan hal berkaitan pindah milik.
Perundingan berkaitan harga dan terma akan bermula jika pembeli berminat. Apabila persetujuan dicapai, pembeli membayar wang pendahuluan ke Client Account agensi dan Agreement to Purchase (ATP) ditandatangani kedua belah pihak.
Ejen membantu proses memohon pinjaman pembeli dengan menyediakan dokumen hartanah yang diperlukan dan menghubungkan pembeli dan pegawai bank serta peguam. Peguam menyediakan perjanjian jual beli setelah pinjaman lulus dan ditandatangi kedua belah pihak dan bayaran baki deposit dibuat. Perjanjian akan distem dan seterusnya pengeluaran wang deposit dari akaun klien sebagai fee ejen.
Tugas ejen selesai setelah S&P ditandatangani. Proses pindah milik diuruskan oleh peguam.