Ingin jual hartanah dengan cepat dan teratur? 

Hubungi Ejen Semak Nilai

Saya sedia membantu

Mohd Burhanuddin Othman

 

☑️ Ejen Hartanah berdaftar PEA1023 di Rescom Realty.

 

☑️ Terlibat secara sepenuh masa sejak 2006.

 

☑️ Diploma Real Estate Agent.

 

☑️ Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (UM).

 
Cover Area

Cheras, Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya, Dengkil, Puchong, Seri Kembangan & Sepang.

Servis
Jualan dan Sewaan Hartanah – Semak harga pasaran – Khidmat nasihat berkaitan hartanah
Servis

 

6 LANGKAH BEKERJA BERSAMA SAYA

STEP 1: SEMAK HARGA PASARAN DAN KAJIAN PASARAN
Ejen diberikan maklumat hartanah iaitu alamat, keluasan hartanah, jenis hartanah, butiran ubahsuai dan harga yang dikehendaki. Ejen akan membuat kajian nilai pasaran & kajian pesaing
STEP 2: LAWATAN HARTANAH
Periksa lokasi dan keadaan rumah. Ejen mengambil foto yang sesuai untuk tujuan pemasaran, mencatat butiran ‘features’ yang ada. Dokumen disemak memastikan lengkap untuk jualan. Proses Jualan dijelaskan kepada penjual dan akhirnya perlantikan rasmi dibuat.
STEP 3: PEMASARAN DAN LAWATAN HARTANAH
Ejen memulakan pemasaran hartanah melalui pelbagai saluran dan jaringan ejen hartanah serta database ejen. Menapis dan memastikan bakal pembeli serius dan mempunyai kelayakan pinjaman. Melawat hartanah dan menjawab segala soalan dari bakal pembeli berkaitan hartanah, prosedur, pinjaman dan hal berkaitan pindah milik.
STEP 4: PERUNDINGAN & PEMBELIAN
Perundingan berkaitan harga dan terma akan bermula jika pembeli berminat. Apabila persetujuan dicapai, pembeli membayar wang pendahuluan ke Client Account agensi dan Agreement to Purchase (ATP) ditandatangani kedua belah pihak.
STEP 4: PINJAMAN & PERJANJIAN JUAL BELI
Ejen membantu proses memohon pinjaman pembeli dengan menyediakan dokumen hartanah yang diperlukan dan menghubungkan pembeli dan pegawai bank serta peguam. Peguam menyediakan perjanjian jual beli setelah pinjaman lulus dan ditandatangi kedua belah pihak dan bayaran baki deposit dibuat. Perjanjian akan distem dan seterusnya pengeluaran wang deposit dari akaun klien sebagai fee ejen.
STEP 6: PROSES DI PEJABAT PEGUAM
Tugas ejen selesai setelah S&P ditandatangani. Proses pindah milik diuruskan oleh peguam.

Soalan Lazim

Berapa dan bila Komisyen ejen perlu dibayar
Mengikut Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), untuk jualan dan/atau belian tanah/bangunan di dalam Malaysia, yuran komisen telah ditetapkan pada maksimum 3% daripada harga jualan hartanah. Yuran minima ditetapkan kepada RM1,000 untuk setiap hartanah. Hubungi ejen untuk sebarang pertanyaan. Komisyen dibayar hanya setelah Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.
Berapa lama tempoh jual beli untuk selesai
Bergantung kepada status tanah samada Freehold atau Leasehold, samada Master Title atau Individual title, faktor institusi pinjaman dan beberapa faktor lain. Ejen akan jelaskan proses jual beli yang akan dilalui dan anggaran tempoh yang diambil berdasarkan faktor ini.